Assalamualaikum wbt
APA YANG ANDA DAN
BAYI ANDA PERLUKAN SEMASA MENYUSUI?
Sesetengah
kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan
lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan
melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang
secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila
anda mula mencerai susu
dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra
kehamilan secara perlahan.
Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari
sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
APA YANG PERLU SAYA
MAKAN?
Anggap
penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat
sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran
penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan
dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin,
kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah
okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan
sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda
menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan
dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah
jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau
bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan
diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
MINUM BANYAK AIR
UNTUK MENGEKALKAN BEKALAN SUSU ANDA
Pastikan
anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi.
Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air
kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan
anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Berjaga-jaga
dengan apa yang anda makan dan minum
Dalam
sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan
untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga
Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina
dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain,
biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan"
badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui
susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein,
alkohol
dan toksin
lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya
secara berlebihan.
Nikotin dari rokok
dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor
anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi
rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan
atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah
selepas menyusu, menangis
tidak boleh ditenangkan atau tidak lena
tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang
anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam
pernafasannya bunyi
berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya
(warna hijau
atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan
berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi
proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang
keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh
makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda,
makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah
brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.
DAPATKAN ZAT BESI
YANG BANYAK
Jika
anda mengambil vitamin tambahan
semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi
anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai
wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur
mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat
nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak
boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil
diet yang seimbang dan pelbagai.
BAGAIMANA DENGAN
DIET SEMASA MENYUSUI?
Kurangkan
berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang
rendah lemak dengan senaman
ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab
mungkin ini membebaskan toksin
- yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru
meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa
kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui
membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna
wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya
kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan
anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu
sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan
pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan
susu anda.